Zahnita nafi resipi pai ibu mertua.

Zahnita nafi resipi pai ibu mertua.

Kuala Lumpur: Pelakon dan model Zahnita Wilson enggan melayan dakwaan ibu mentuanya, Norazlina Abdullah yang mendakwa berkongsi resipi pai yang diberikan untuk perniagaan yang sedang dijalankannya.

Zahnita berkata, pai yang dihasilkan adalah resipi asas yang boleh diakses di Google.

“Saya tak berminat untuk membaca kenyataan baru yang dikeluarkan.

“Cuma resipi pai yang dihasilkan adalah ramuan asas yang boleh diakses di Google,”katanya

Meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, Zahnita berkata, dia akan terus berjuang dan mempertahankan dirinya.

“Saya akui ada sedikit penat, tapi perlu terus berjuang.

“Saya sudah reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur dengan ujian ini kerana pasti ada hikmahnya,” katanya.

Terdahulu ibu mentua Zahnita meluahkan rasa kecewa di Mstar terhadap Zahnita kerana tergamak bersangka buruk terhadapnya.

Kata Norazlina, dia sangat menyayangi menantunya itu sehingga sanggup berkongsi resipi pai yang kini menjadi produk jualan Zahnita.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading