Kuala Lumpur: Pelakon dan model, Zahnita Wilson mengaku sedih apabila puteri sulungnya, Zahrafeena sanggup mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai dirinya.
Zahnita berkata, dia bagaimanapun enggan melayan apa yang dikongsikan kerana menyifatkan anaknya itu masih terlalu mentah dan belum cukup memahami situasi yang berlaku.

“Biarlah dia… Tidak mengapa. Dia masih muda dan saya percaya satu hari nanti apabila dia sudah dewasa dia akan faham.
“Cuma sebagai ibu saya sangat sedih apabila dia sanggup berbuat sedemikian (mempertahankan bapa),” katanya
Terdahulu Zahrafeena atau lebih mesra disapa Zahra,18, dalam temubual di Mstar tampil mendakwa pendedahan gambar bahagian mata kiri dalam keadaan lebam yang dikongsi ibunya pada 2 Disember lalu didakwa foto lama.
Lebih mengejutkan, Zahra mendakwa semua pendedahan yang dibuat ibunya juga sudah dirancang lebih awal.
Menurut Zahnita, sebagai ibu tidak semua masalah yang berlaku antara suami isteri perlu diketahui oleh anak-anak.
“Selama ini saya sebolehnya cuba merahsiakan segala masalah yang berlaku terhadapnya.
“Saya tak nak cakap buruk fasal bapanya kerana individu itu tetap bapa kandungnya,” katanya.