Elizabeth Tan nak buat IVF.

Elizabeth Tan nak buat IVF.

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau Lizzy memberi tempoh selama empat bulan lagi sebelum melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dalam usahanya untuk memiliki anak tahun ini.

Elizabeth, 32, berkata, dia juga sudah mencuba untuk mendapatkan anak secara semula jadi selama dua tahun.

“Saya tidak pernah putus asa untuk mendapat anak kerana usia pun akan mencecah 32 tahun tahun ini.

“Kalau boleh saya rancang untuk dapat dua anak sebelum usia 35 tahun. Pada masa sama, ayah sudah tua dan jika apa-apa berlaku padanya, saya mahu ayah dapat tengok cucunya.

“Suami pun setuju untuk kami buat rawatan IVF itu,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya usahanya untuk mendapat anak, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) ini berkata, dia juga sudah melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) sebanyak dua kali, tetapi gagal tahun lalu.

“Saya juga banyak mengambil rawatan hormon dan suntikan ketika itu. Malah, saya juga perlahankan aktiviti seni selama setahun dalam usaha untuk mendapat anak tetapi masih tidak berjaya.

“Jadi tahun ini, saya juga mahu mencuba rawatan akupuntur pula ini kerana cadangan daripada pengurus kerana ada rakannya yang berjaya dapat anak selepas rawatan itu,” katanya.

Terdahulu, Elizabeth memberitahu dia juga pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.

Elizabeth berkahwin dengan Dr Siew Jim pada 21 Mac 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading