Elly Mazlein kini duta Jakel.

Elly Mazlein kini duta Jakel.

TIDAK menyangka rezekinya apabila terpilih antara duta pakaian jenama Jakel, Kempen Raya Mendonia tahun ini.

Bagi Elly Mazlein, 45, ia permulaan hebat sebagai pembuka lembaran 2025 untuk kariernya dan sesuatu yang membanggakan.

“Cuma apabila ada yang bertanya kenapa tidak ditonjolkan keluarga sekali dalam projek begini (baju raya), bagi saya itu berkaitan eksklusif keluarga saya.

“Terpulang kepada masing-masing dalam perkara ini. Macam saya, memang selesa begini. Biarlah saya di depan manakala suami dan anak sentiasa sokong kuat di belakang,” katanya.

Peluang bertemunya pada program itu turut digunakan dengan persoalan berkenaan hubungannya dengan Nabil gara-gara insiden di Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10).

Elly yang juga selesa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom dan Suraya berkata, isu itu sudah selesai dan tiada perkara berbangkit.

“Sedangkan hubungan adik-beradik pun bergaduh inikan pula dengan Nabil. Gaduh-gaduh merajuk manja-manja, biasalah. Alhamdulillah, ukhwah itu masih kuat.

“Sekejap saja saya merajuk, masa GV10 saja. Seperti saya katakan, tahun ini yang terbaik untuk saya. Akan ada projek membabitkan kami berdua.

“Setakat ini biar saya rahsiakan dulu. Tapi yang pasti saya akan menghantui hidup anda selepas ini,” katanya.

Selain karier seni, Elly kini mendapat perhatian peminat menerusi kerja amal dilakukan membabitkan golongan kanak-kanak.

Bermula dengan kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah yang menghidap kanser mata tahap empat, Elly kini semakin giat membabitkan diri dengan aktiviti terbabit.

“Masa tengok adik Alisa menerusi TikTok, saya rasa simpati dan selepas itu ambil berat pasal dia sampailah dia meninggal dunia. Walaupun sekejap tapi yang buat saya terharu, cinta dan sayang terhadapnya kekal sampai hari ini.

“Selepas Alisa meninggal dunia, saya bercakap dengan diri sendiri untuk usaha beri semangat kepada anak-anak yang bernasib malang.

“Baru-baru ini saya ke Johor melawat adik Nur Umairah, 11, yang menghidap barah darah (leukemia). Ramai lagi saya nak jumpa seperti ‘baby’ Noah. Juga ada kanak-kanak di Kedah yang saya nak lawat,” katanya.

Elly berkata, dia bukanlah kaya-raya tetapi menerusi rezeki diperolehnya, dia akan menyalurkan sumbangan.

“Saya pun tengok keluarga mereka kurang berkemampuan dengan kos perubatan tinggi. Menerusi pertolongan tak seberapa ini, Insya-Allah dapat bantu serba sedikit.

“Pada saya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Ada banyak lagi kanak-kanak yang saya nak jumpa. Kadang-kadang saya rasa sedih fikirkan nasib anak-anak ini.

“Saya pergi sendiri ke lokasi kanak-kanak itu bersama pembantu peribadi. Tak kisah jauh pun, kami pandu ke sana. Saya akan teruskan usaha selepas ini nak beli baju raya pula,” katanya.

Penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini mengakui puas melakukan aktiviti ini dan meminta semua pihak berfikiran terbuka mengenainya.

“Saya bukan buat untuk komersial dan dengan rela hati. Saya tak boleh kawal pemahaman orang. Saya tak perlu nak jelaskan kepada sesiapa mengenai misi saya.

“Orang luar nak fikir apa-apa terpulanglah. Bila tunjuk kita berikan contoh yang baik supaya orang lain ikut.

“Ramai juga pihak yang nak bekerjasama untuk tujuan ini tapi saya minta maaf bukan untuk ‘konten’content’ (kandungan). Apa yang saya buat atas kapasiti peribadi. Saya sendiri hubungi keluarga anak-anak ini,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading