Misha Omar risau discam di konsert Ernie Zakri.

Misha Omar risau discam di konsert Ernie Zakri.

Kuala Lumpur : Penyanyi, Misha Omar kecewa apabila terpaksa berdiri lama ketika menonton Konsert Aura : Ernie Zakri di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di sini, malam tadi, apabila tempat duduknya diambil orang lain.

Misha berkata, situasi itu berlaku apabila pihak tidak bertanggungjawab duduk di tempat miliknya.

“Semua orang beli tiket masing-masing, duduklah di tempat yang betul.

“Saya terpaksa berdiri kerana awak duduk di tempat saya. Pihak penganjur pula perlu mengesahkan tempat duduk itu milik saya. Jadilah manusia yang bertanggungjawab,” katanya

Misha berkongsi pengalaman itu di Instagram Story sejurus pulang dari konsert itu.


Lebih mengecewakan, individu terbabit pergi begitu saja tanpa meminta maaf selepas diminta mengosongkan tempat duduk berkenaan.

“Awak menimbulkan masalah yang tidak sepatutnya di tempat konsert. Duduk di situ seperti tiada apa-apa dan berlalu tanpa ucapan maaf,” katanya.

Dalam nada bergurau, Misha turut menyatakan kebimbangannya sekiranya tiket yang dibelinya adalah palsu.

Namun, dia memuji tindakan pantas pihak pengurusan konsert yang menyelesaikan kekalutan itu dengan cepat.

“Kakak saya di sebelah sudah risau, takut kena ‘scam’ (tipu). Pujian harus diberikan kepada petugas yang cekap mengenal pasti masalah ini. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu berdiri lama seperti tiang lampu,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading