Along Cham sujud syukur.

Along Cham sujud syukur.

SEPANG – Pelakon, Along Cham melakukan sujud syukur selepas Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, melepaskan tanpa membebaskannya (DNAA) daripada satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis ganja, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dituduh semula di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.


Semasa prosiding di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman membebaskan artis itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak pendakwaan.

“Pertuduhan terhadap kamu bawah seksyen ini diberi perintah DNAA.

“Pertuduh ke atas kamu diturunkan ke seksyen lain, kemudian kamu akan dituduh di Mahkamah Majistret,” katanya.

Ia susulan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya memaklumkan, laporan kimia berhubung kes ini telah diterima.

“Saya mohon pertuduhan bawah Seksyen Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 diberi perintah DNAA.

“Tertuduh akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dituduh bawah dua seksyen lain,” katanya.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Muhammad Nizamudin mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan.

Mengikut pertuduhan pertama, pelawak itu didakwa ada dalam milikan bahan dadah berbahaya jenis kanabis seberat 49.61gram di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum 39(a)(1) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC), di lokasi sama, pada jam 10 malam, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Sek 15(1)(a) ADB 1952 boleh dibaca bersama 38 B akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun dan dikenakan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading