Tular di TikTok satu video daripada siaran langsung selebriti terkenal, Nur Fazura bersama anaknya Nur Fatima Aisyah yang mencuri perhatian ramai.
Dalam siaran itu, Fazura dilihat sedang mendukung Fatima sambil membaca komen netizen.

Salah satu komen menarik perhatian apabila ada yang bertanya mengapa Fatima menangis sebelum itu. Secara spontan, Fatima menjawab, “Saya tak nak daddy, saya dah tak sayang daddy lagi.”
Namun, sebagai ibu yang bijak, Fazura segera menasihati anaknya bahawa tidak boleh bercakap begitu.
Walaupun Fazura cuba memahami emosi Fatima dengan lebih mendalam, si kecil itu hanya menggeleng kepala dan bertegas dengan perasaannya.
Situasi tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang memahami ragam kanak-kanak. Rata-rata netizen berpendapat bahawa Fatima mungkin sedang merajuk kerana mereka juga pernah melalui situasi serupa dengan anak mereka.
Namun, ada juga yang menasihati Fazura supaya lebih berhati-hati memilih komen untuk dibaca secara langsung kerana bimbang ada yang cuba mencetuskan provokasi atau fitnah