RM20K – RM100K untuk Cik Epal

RM20K – RM100K untuk Cik Epal

Kuala Lumpur: Pempengaruh, Cik Epal mendedahkan bahawa harga RM20,000 hingga RM100,000 yang ditetapkan untuknya mempromosikan produk di media sosial dan siaran langsung adalah benar.

Menurutnya, itu adalah harga yang sesuai kerana dia melakukan tugasnya untuk mengulas (review) dan mempromosikan produk dengan bersungguh-sungguh.

“Saya rasa harga itu bersesuaian dengan apa yang saya akan berikan. Kalau ada yang nak bayar, saya buat, dan saya akan buat sehabis baik.

“Kalau sesiapa yang bekerja dengan saya, mereka akan tahu saya ‘all out’, awak bayar macam itu, awak akan dapat pulangan mungkin lima kali ganda.

“Saya bukan artis atau selebriti, tapi saya sebenarnya ahli perniagaan, jadi saya tahu macam mana pasaran ini, namun dengan saya, harga boleh bincang,” katanya.

Tambah Cik Epal, harga itu juga dipersetujui beberapa syarikat dan jenama yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

“Sebab memang sebelum ini pun, orang bayar harga itu. Ramai yang bertanya jadi saya beritahu sajalah.

“Sebelum ini saya tak buka untuk ulasan produk sebab dulu saya berniaga, tapi bila nama saya sedang naik ini, saya ambil peluang ini tapi saya tahu nilai saya,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading