Meskipun diuji dalam kehidupan dan perniagaan, persahabatan antara Shuib Sepahtu dan Mamat Sepah kekal erat.
Shuib meluahkan rasa terharu apabila Mamat mendedahkan niatnya untuk mendoakan kesejahteraannya ketika mengerjakan umrah pada Aidilfitri ketiga nanti.

Shuib turut menjawab spekulasi mengenai hutang perniagaannya, menjelaskan bahawa semua hutang yang didedahkan oleh Mamat adalah berkaitan urusan perniagaan dan bukan masalah kewangan peribadi.
Walaupun berdepan cabaran, Shuib menegaskan bahawa perniagaannya masih berjalan dengan baik dan yakin bahawa perancangan yang lebih teliti akan membantu mengurangkan tekanan kewangan.
“Hutang saya lebih kepada badan kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, PERKESO dan cukai. Ini adalah risiko dalam dunia perniagaan.”- Jelasnya.