Chaleeda penyanyi kacukan Inggeris Thai kongsikan “kisah percintaannya” dalam “cigarettes”

Chaleeda Gilbert kini kembali! Penyanyi serta pelakon muda yang baru menjangkau usia 20 tahun, gadis kacukan Inggeris-Thai, yang terkenal dengan watak ‘Arisa’ dalam drama bersiri Netflix Thailand pertama, ‘Kweng – The Stranded’ ini akhirnya muncul dengan single terbaharu yang ditunggu-tunggu berjudul ‘Cigarettes’.

Hampir setahun menyepi tanpa single terbaharu, Chaleeda kini kembali dengan lagu bergenre Pop/R&B, ‘Cigarettes’ adalah sebuah karya yang diinspirasikan daripada kisah cinta beliau sendiri, namun peliknya ia diibaratkan sebagai ketagihan terhadap sebatang rokok walaupun dirinya bukanlah seorang perokok.

Selain itu, Chaleeda juga turut menampilkan pelakon dan blogger kecantikan terkenal Thailand, ‘Ticha Wongtipkanon’ atau nama komersilnya ‘Thelittleteapot’ di dalam video muzik (MV) ‘Cigarettes’, dan MV tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Chaleeda, serta boleh didengari di platform muzik atas talian seperti YouTube Music, Spotify, Apple Music, JOOX dan Tidal.

Chaleeda memulakan kerjaya nyanyian pada usia muda dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, bakatnya dicungkil oleh syarikat rakaman pada usia 11 tahun dimana beliau merupakan ahli kumpulan remaja popular Thailand iaitu ‘Tweenie 90s’, tetapi nyanyian lagu-lagu cover beliau di YouTube yang melonjakkan lagi namanya dan terus menjadi viral.

Pada 2017, label rakaman terkemuka Malaysia, Rocketfuel Entertainment, telah mengambil Chaleeda sebagai artis antarabangsa pertama syarikat tersebut, dan bermula dari situ, single pertama beliau dibawah naungan Rocketfuel Entertainment berjudul ‘Ready For Love’, kolaborasi bersama rapper terkenal Thailand, ‘Tong Twopee’ atau ‘Tong Pitawat’ berjaya memperoleh 4 juta tontonan di YouTube, kemudian single seperti ‘Mind Over Matter’, ‘Pretty Boy’, ‘Ploi’ dan ‘Chun Mai Tong Karn Tur’ feat. Fiixd pula dihasilkan.

Sebagai pelakon, Chaleeda pernah memegang watak ‘Taew’, rakan kepada Bell atau ‘Lilly The Face’ dalam filem seram ‘The Promise’ yang telah ditayangkan pada September tahun 2017, dan beliau juga terkenal dengan watak ‘Arisa’, seorang pelajar pintar dan berinovasi dalam drama bersiri ‘Kweng – The Stranded’, siri Netflix Thailand pertama yang ditayangkan di platform gergasi tersebut pada 2019, selain itu Chaleeda juga merupakan wajah yang sering dilihat di kaca televisyen Thailand membintangi pelbagai drama bersiri dan iklan.

Leave a Reply