Neelofa Dan Suami Mengaku Tidak Bersalah

Pelakon, pengacara dan selebriti Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Hariz hari ni mengaku tidak bersalah di atas 3 pertuduhan gagal mematuhi standard operasi prosedur (SOP) sewaktu perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau membayar ikat jamin sebanyak RM 5000 dan suaminya pula RM 10 000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan di aplikasi Mysejahtera dan memakai pelitup muka di lokasi awam.

Pasangan ini di tuduh sebentar tadi di Mahkamah Majistret Seremban di bawah Peraturan 19, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan kes akan disebut semula pada 4 Jun 2021.

Sebelum ini pasangan ini juga telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerag (IPD) Nilai bagi memberi keterangan tentang penularan gambar dan video mereka sewaktu membuat pembelian di sebuah premis perniagaan di Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Leave a Reply