Warna dan Rasa Serba Baharu Golden Caramel Costa Coffee

 Costa Coffee baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran rangkaian minuman Golden Caramel baharu untuk meraikan penajaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun ini. Rangkaian perisa baharu ini boleh didapati di lebih 253 mesin layan diri Costa Coffee  seluruh negara, termasuk tiga cawangan Costa Coffee di Bangsar Shopping Centre, Radia Bukit Jelutong, dan Q Sentral. Rangkaian tersebut menampilkan minuman Tokyo Gold Latte, Tokyo Gold Iced Latte, Tokyo Gold Frostino, dan Golden Tokyoccino, boleh didapati dalam bentuk minuman panas atau sejuk di cawangan Costa Coffee Stores, manakala minuman panas dan sejuk Golden Caramel Latte dan Chocolate boleh didapati di mesin layan diri Costa Coffee di seluruh negara. 

“Kesungguhan Costa Coffee ‘untuk mensasarkan kesempurnaan sejak 1971’ seiring dengan rangkaian Golden Caramel membuktikan bahawa Costa Coffee bukan hanya semata-mata secawan kopi, ia adalah hasil komitmen selama 50 tahun untuk mengecapi kualiti dan usaha gigih untuk mendapatkan kesempurnaan dalam setiap cawan Costa Coffee. Konsep sedemikian juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, mendorong kita untuk mencapai kehebatan harian. Rangkaian Golden Caramel dicipta untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan menonjolkan keunggulan jenama Costa Coffee yang dikaitkan dengan kopi bermutu tinggi dan ianya mempaparkan dedikasi dan komitmen harian untuk mencapai kesempurnaan. Kami  ingin terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, agar terus cekal, tabah dan bersama-sama mengharungi detik mencabar masa kini dan memandang ke hadapan kearah pemulihan,” ujar Lim Ju Lee, Ketua Pemasaran Costa Coffee Malaysia. 

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati secawan kopi daripada rangkaian Golden Caramel Costa Coffee, mulai sekarang hingga 24 Ogos 2021. Rangkaian minuman Golden Caramel dengan cawan khas yang diilhamkan oleh Tokyo 2020 boleh didapati di 253 mesin layan diri Costa Coffee seluruh negara dan cawangan Costa Coffee Stores sekitar Lembah Klang. Costa Coffee juga boleh didapati menerusi servis penghantaran makanan daripada mesin layan diri Costa Coffee dan Costa Coffee Stores.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Golden Caramel Costa Coffee baharu dan untuk masa terhad sahaja, sila layari pautan di bawah untuk lebih perkembangan akan datang: 

Leave a Reply