Bakal menjadi tanda aras cipta sejarah, CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain
Konsert 2024’ yang dijadual berlangsung pada 25 Mei 2024 adalah sari berita terpenting
bukan sahaja dalam karier diva seni suara tersebut tapi juga buat industri hiburan tanahair.
Masakan tidak, konsert ini akan menjadi konsert solo Ziana Zain selepas 22 tahun tidak
beraksi lincah dan menawan peminatnya di atas sebuah panggung bersifat mega. Konsert
yang dipersembahkan oleh CSA Academy selaku penaja utama konsert ini merupakan
anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama
Altus ProHouse dan dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
CSA Academy dengan bangganya menjadi penaja utama konsert Ziana Zain kerana nilai-nilai
peribadinya dan kecemerlangan seninya sejajar dengan komitmen kami untuk
memberdayakan masyarakat. CSA Academy ialah platform pendidikan kewangan yang
paling berpengalaman dan terunggul di Malaysia. Coach Kewangan CSA akan membantu
kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikat yang disenaraikan untuk bebas hutang dalam
3-6 bulan. Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan.

“Ziana Zain telah dipilih sebagai artis kegemaran top 3 oleh ahli Wira CSA kami. Kerjasama
ini tidak hanya menegaskan penghargaan kami kepada ahli dan sumbangan budaya, tetapi
juga mencerminkan komitmen bersama kami dengan Ziana Zain terhadap penglibatan
masyarakat dan tanggungjawab sosial. Ia juga merupakan kehormatan bagi kami untuk
memberi sumbangan positif kepada masyarakat tempatan, meningkatkan pengiktirafan
jenama, dan mendapat pendedahan positif” menurut Dr Jay Ong selaku Pengasas dan Ketua
Pegawai Eksekutif CSA Academy Sdn Bhd.
Penghibur yang mendapat gelaran Diva Pop itu kali terakhir mengadakan konsert solo
menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan di PWTC (kini World Trade Centre) Kuala
Lumpur pada tahun 2001.
Selepas 22 tahun, konsert ini bakal menjadi tanda aras buat penghibur wanita dengan nama
sebenar Siti Roziana Zain, seorang ikon seni yang akan terus dihormati dan disegani meski
hadir banyak penyanyi baharu dan tahun terus berganti.
Mahu merealisasikan konsert ini bukan sesuatu yang mudah. Ziana Zain bukan melihat
kepada berapa besar pulangan (duit) yang beliau akan hasilkan tapi sangat terperinci
mengenai konsep, stamina serta kepuasan yang diperoleh oleh para penonton kelak.
“Selepas perbincangan demi perbincangan, persetujuan di antara kami dicapai. Maka pihak
kami sangat berbangga untuk mengumumkan CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana
Zain Konsert 2024’ akan berlangsung pada 25 Mei 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur,”
ujar Ziana Zain.

Bagi penghibur yang sudah lebih dua dekad menelusuri dunia nyanyian, melahirkan album-
album dengan puluhan single yang menjadi ‘mainan bibir’ seperti Madah Berhelah, Putus
Terpaksa, Anggapanmu, Berpisah Jua, Puncak Kasih, Dingin dan ratusan hit yang menjadi
pujaan peminat, persetujuan untuk menggelar konsert perlu diteliti dengan sangat rapi.
Bersama Pengarah Muzik Aubrey Suwito, konsert ini akan menyaksikan revolusi seorang
permata seni negara yang seluruh jiwa dan raganya sudah dipahat dalam industri penuh
pancaroba ini.
“Saya tidak mahu hanya sekadar ada konsert dan menyanyi tetapi kesan manis atau
kenangan terbaik tidak dirasai oleh peminat yang menyokong karier saya selama ini.
“Setiap konsert yang saya lakukan mesti ada keistimewaannya lalu boleh menjadi rujukan
pada masa akan datang.
“Sebab itu saya sangat berhati-hati untuk melakukan konsert dan 25 Mei 2024 adalah
momen terbaik untuk CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’
dilaksanakan buat anda semua.
“Tunggu dan lihat apa yang akan dipersembahkan dalam konsert ini nanti. Yang pasti ia akan
melambangkan perjuangan saya dalam dunia seni sepanjang 33 tahun ini, Insya Allah,” kata
Ziana Zain.

CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ akan menyaksikan gabungan
hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik beserta 16 orang
pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert.
Untuk itu adalah amat rugi jika anda terlepas menyaksikan konsert yang akan menjadi salah
satu sejarah terhebat industri seni tempatan.
Tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2),
RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang http://www.ticket2u.com.my/ mulai 15
Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web http://www.ticket2u.com.my/zianazain.
Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan
Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket.
Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50
keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518. Untuk kemudahan pembeli tiket
OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh
menghadiri konsert dengan seorang peneman.
INFORMASI
Tajuk konsert: CSA ACADEMY ‘MEMPERSEMBAHKAN ZIANA ZAIN CONCERT 2024’
Tarikh: 25 Mei 2024
Masa: 8:30PM
Venue: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Tiket berharga:
RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1),
Tiket dijual bermula 15 Disember 2023, 10:00 pagi
Laman web tiket: http://www.ticket2u.com.my/zianazain
CSA ACADEMY ‘MEMPERSEMBAHKAN ZIANA ZAIN CONCERT 2024’, anjuran Anuar Zain
Network, Ziana Zain Network, pengurusan konsert ialah Altus ProHouse, Lokasi rasmi ialah
Mega Star Arena KL, Radio Rasmi merupakan Sinar dan disokong oleh Era, Digital Rasmi
ialah Astro Gempak, Hotel Rasmi ialah Hotel Indigo Kuala Lumpur On The Park dan Papan
Iklan Rasmi ialah Spectrum.