Diana dan Farid Dikritik makan di restoran tak Halal

Diana dan Farid Dikritik makan di restoran tak Halal

Baru-baru ini, pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil berkongsi vlog ketika bersama pergi mencuba makanan di sebuah restoran terletak di Balakong.

Difahamkan, Diana dan Farid telah pergi ke sebuah restoran Cina yang menjual mi kari dan mengundang persoalan dari warganet.

Walau bagaimanapun, perkongsian video di Instagram aktres berkenaan dikritik oleh warganet kerana status halal restoran itu.

Tambahan, beberapa individu yang tinggal berdekatan restoran itu turut menyatakan sebenarnya ia tidak halal untuk dimakan.

Namun, aktres itu dan suaminya tampil berkata mereka sudah bertanya kepada cawangan utama bagi mendapatkan kepastian di mana mereka disarankan untuk pergi ke cawangan Balakong kerana ia muslim-friendly.

Meskipun, Diana tampil dengan penerangan berkenaan mereka tetap dikritik warga netizen dan ada juga yang mencadangkan supaya dia belajar lebih banyak lagi tentang halal dan haram serta penyediaan makanan

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading