PU Azman Diperintah Bela Dirid

PU Azman Diperintah Bela Dirid

PU Azman Diperintah Bela Diri Kes Amang Seksual Remaja 17 Tahun, Reda Dengan Ujian Menimpanya


Pendakwah selebriti, PU Azman telah diperintahkan untuk membela diri berkaitan dua pertuduhan amang seksual terhadapnya hari ini.

PU Azman berkata dia percaya bahawa setiap musibah yang terjadi mempunyai hikmah dan menerima apa jua takdir yang tertulis dalam hidupnya

Hari ini, mahkamah memerintahkan PU Azman untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.

Malah, pendakwah berkenaan memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan menerima segala keputusan mahkamah dengan hati terbuka.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili PU Azman akan tampil membuat pembelaan terhadap anak guamnya itu dan mahkamah menetapkan 12 Januari 2024 sebagai tarikh sebutan

Terdahulu, mahkamah mengarahkan kes perbicaraan amang seksual pendakwah selebriti, PU Azman disambung secara tertutup.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading