JLo dan Ben Affleck bercerai

JLo dan Ben Affleck bercerai

Los Angeles: Jennifer Lopez memfailkan perceraian daripada Ben Affleck, lapor media Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dua tahun selepas pasangan Hollywood itu secara rasmi mengambil peluang kedua dengan mengikat tali pertunangan.



Pasangan itu, yang digelar “Bennifer” pada zaman selebriti tabloid pada awal 2000-an, menghidupkan semula hubungan yang terlerai hampir dua dekad.

Tetapi Lopez pada Selasa memfailkan surat cerai di mahkamah Los Angeles, kata laman web Hollywood, Variety dan TMZ.

Seorang wakil untuk Lopez enggan mengulas. Publisis Affleck tidak segera menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen.

Ia perkahwinan keempat untuk penyanyi pop yang menjadi pelakon, Lopez, 55, dan yang kedua untuk bintang filem dan pengarah filem pemenang Oscar, Affleck, 52.


Pasangan itu pertama kali bertemu pada tahun 2002 di set filem “Gigli.” Mereka menjadi sensasi media apabila mereka mula bercinta dan mengumumkan pertunangan mereka.

Tetapi mereka menangguhkan perkahwinan mereka yang dirancang pada 2003, dan mengumumkan hubungan mereka berakhir pada awal 2004.

“Bennifer” kembali mencuri perhatian internet pada tahun 2021 apabila foto mereka bersama-sama kembali mula diedarkan.

Lopez dan Affleck mengumumkan pertunangan mereka pada April 2022, dan berkahwin di Las Vegas pada bulan Julai.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading