Bersyukur dengan pencapaian negara.

Bersyukur dengan pencapaian negara.

Kuala Lumpur: Sepanjang tempoh 67 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai kejayaan dan pencapaian sudah dikecapi negara kita ketika ini.

Sebagai anak Malaysia, pastinya pelakon popular Siti Saleha, 34, berasa bangga dan bersyukur dengan pelbagai pencapaian dikecapi negara itu

“Syukur, Alhamdulillah, sepanjang tempoh 67 tahun kemerdekaan, saya nampak pelbagai pencapaian dikecapi dan Malaysia juga dikenali sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan budaya.

“Saya juga berasa gembira melihat keharmonian yang dikecapi rakyat itu sampailah sekarang.

“Ia sesuatu yang amazing (menakjubkan) dan saya sangat gembira menjadi anak Malaysia,” katanya.

Meskipun berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum mengakui kemerdekaan mempunyai pengertian cukup besar buat dirinya.

“Pengertian kemerdekaan bagi saya ialah kebebasan untuk kita pergi ke mana sahaja dalam negara tanpa ada perasaan bimbang.

“Terutamanya, kalau kita nak lepak kat kedai mamak, kita boleh saja lepak jam 2 hingga 3 pagi dengan kawan-kawan dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Mengulas apa dibanggakannya sebagai anak Malaysia, kata Siti Saleha, dia menyukai budaya kita yang membabitkan pelbagai latar belakang yang berbeza.

“Secara peribadi, saya suka kepada budaya kita yang membabitkan pelbagai latar belakang yang berbeza, pelbagai kaum dan agama tetapi rakyat dapat hidup dengan harmoni.

“Kita juga ada bahasa yang tersendiri dan apa yang saya suka ialah kita saling hormat menghormati bila kita berkomunikasi antara satu sama lain.

“Bila kita bercakap pun bahasa yang digunakan ialah kita pinjam bahasa Cina dan India sikit seperti yang semua orang akan faham. Jadi, itu yang buat kita rasa istimewa menjadi anak Malaysia,” katanya.

Ditanya harapannya kepada kemerdekaan pula, kata Siti Saleha, dia berharap negara kita mengamalkan demokrasi yang matang.

“Saya juga berharap, kita juga boleh menikmati kemajuan ekonomi yang seimbang untuk seluruh rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading