Berhenti kerja dan menjadi ‘content creator’

Berhenti kerja dan menjadi ‘content creator’

Kuala Lumpur: Hasil daya tarikan kemasyhuran, pendapatan lumayan mencecah lima angka dan fleksibiliti masa, semakin ramai yang memilih untuk meninggalkan pekerjaan tradisional demi mengejar kejayaan sebagai personaliti media sosial.

Puspa Gomen, 41, atau nama sebenarnya Raudzah Ismail mengakui kerjaya sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh memberi pendapatan lumayan berbanding ketika bertugas sebagai penjawat awam.

Menurutnya yang pernah berkhidmat di pelbagai kementerian sejak 2006, keputusan bersara awal pada Ogos tahun lalu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek selain kesibukan memenuhi tuntutan kerjaya baharu.

Saya bermula dari pembantu tadbir hingga jawatan terakhir Penolong Akauntan Gred W32. Saya pilih bersara awal dan terbabit dalam media sosial sebab minat dunia hiburan sejak kecil lagi.

“Ketika itu, apabila aplikasi TikTok mula dapat tempat, saya cuba sedikit demi sedikit.

“Pada masa sama, setiap hari, saya cuba kandungan yang berbeza. Tidak sangka video saya mulai diminati dan meletup. Kemudian, TikTok menawarkan saya untuk menjadi pencipta kandungan mereka. Pernah satu ketika video saya menembusi 60 negara.

“Sejak itu, saya dapat pelbagai tawaran buat ulasan produk. Alhamdulillah, ia menjadi. Pendapatan di luar jangkaan dan pernah meraih lima angka untuk sebulan pada 2022,” katanya

Menurutnya yang mempunyai 3.6 juta pengikut di TikTok, kerjaya itu membolehkan dia mengumpul beberapa aset seperti rumah, kereta, motosikal dan membuka perniagaan sendiri.

Kalau ikutkan, pada 2020, saya sudah mula melihat hasilnya sedikit demi sedikit. Sehinggalah pada 2022, saya ambil keputusan untuk ambil cuti tanpa gaji selama setahun.

“Alhamdulillah, berkat kerja keras, saya dapat membeli rumah dengan hasil pendapatan sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh.

“Pendapatan saya konsisten lima angka bermula penghujung 2021 hingga kini. Sebelum ini, tawaran membuat ulasan produk memang banyak, sekarang saya beralih untuk melakukan perkara lain iaitu perniagaan. Ini kerana, pencipta kandungan semakin ramai. Jadi, saya perlu fikirkan masa depan. Paling penting, jangan putus asa,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading