Jatuh di sungai Pasar Bisik. Lelaki dikuatiri lemas.

Jatuh di sungai Pasar Bisik. Lelaki dikuatiri lemas.

Sungai Petani: Lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke sungai di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.41 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota BBP Tikam Batu yang diketuai Rudzuan Husain bersama 13 anggota termasuk anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, tindakan awal pencarian dilakukan secara di permukaan air dan sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kemudian diarahkan ke lokasi.

“Tindakan operasi mencari mangsa dilakukan menggunakan sebuah bot aluminium dan dibantu empat bot nelayan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada jam 6.56 petang atas faktor keselamatan dan disambung pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading