Kasih sayang Farid Kamil untuk keluarganya tidak pernah berubah

Kasih sayang Farid Kamil untuk keluarganya tidak pernah berubah

Kuala Lumpur: Rasa kasih dan sayang pelakon Farid Kamil terhadap isteri, Diana Danielle dan dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora tidak pernah berubah meskipun kini berdepan dengan kemelut rumah tangga.

Menerusi perkongsian dibuat melalui podcast Sembang Kaki Kima yang dimuat naik di Instagram (IG), Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari, 43, meluahkan perasaan sayangnya terhadap mereka yang disifatkan sebagai nadi dalam kehidupannya.


“Ya, saya sayangkan isteri dan anak-anak hingga sekarang.

“Mereka adalah nadi kehidupan saya. Saya sanggup buat apa sahaja yang perlu untuk memenangi hati mereka.

“Itulah maksud keluarga bagi saya,” ungkap Farid

Dalam pada itu, Farid yang cukup rapat dengan anak-anak turut menitip pesanan berharga buat permata hatinya itu supaya sentiasa menjaga solat lima waktu.

“Okay, baba nak cakap dekat Muhammad, Aurora, baba sayang anak-anak baba.

“Jangan tinggal sembahyang, ingat sembahyang selalu. Jalani kehidupan kalian dengan penuh ilmu agama di dada barulah kalian berjalan dengan selamat dalam hidup dengan penuh fana,” luah pelakon Anwar: The Untold Story itu.


Isnin lalu, Diana membuat kejutan apabila mengumumkan mahu memfailkan perceraian buat kali kedua menerusi perkongsian dalam IG.

Difahamkan, Farid berada di lokasi penggambaran filem ketika pengumuman dibuat.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama, iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading