Rumah tangga Uqasha Senrose tidak bermasaalah

Rumah tangga Uqasha Senrose tidak bermasaalah

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangganya bersama suami yang juga merupakan pelakon, Kamal Adli kini sedang bergolak.

Menurut Uqasha, setiap pasangan rumah tannga pasti melalui cabaran tersendiri dan itu merupakan lumrah dalam perkahwinan.

Katanya lagi, dia dan Kamal masih lagi berusaha untuk menyesuaikan diri selepas kehadiran cahaya mata pertama.

“Pada saya, semua orang melalui fasa naik dan turun di dalam berumah tangga. Tidak semua perkara baik dan buruk harus dikongsikan.

“Selagi tak sampai tahap kena pergi mahkamah atau bercerai, pada saya ini perkara biasa dan asam garam dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri.

“Nak kata bahagia setiap masa itu tidak. Nak kata sedih memanjang pun tidak. Lagipun, kami kini di fasa menyambut bayi pertama.

“Sudah tentu masing-masing ada cabarannya. Ada yang perlu bekerja dan ada yang kena jaga anak. Segalanya merupakan pengalaman kali pertama,” katanya

Dalam pada itu, Uqasha turut menegaskan dia dan Kamal akan berusaha mempertahankan perkahwinan walau apa juga cabaran yang mendatang.

“Saya pun tak tahu kenapa isu ini timbul dan ada yang buat spekulasi. Kata orang, ajal dan maut ini ditangan Tuhan. Kalau kita berkeras menidakkan, tiba-tiba nanti Allah uji.

“Sekuat mana kita perlu pertahankan rumah tangga itu semua berbalik kepada diri kita sendiri dan pasangan.
“Saya ada bercakap dengan Kamal. Kenapa ada orang kata hubungan kita bergolak? Kamal sempat bergurau dan kata, biarkan sahaja. Bagitahu mereka kita beli dua bazooka. Kita hari-hari gaduh dekat rumah.


Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading