Salam tunangku – Eyka Farhana

Salam tunangku – Eyka Farhana

Kuala Lumpur: “Salam tunangku.”

Itu kata pelakon Eyka Farhana selepas mengikat tali pertunangan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.
Berkongsi detik gembira itu menerusi hantaran gambar di Instagram masing-masing sebentar tadi, pasangan itu bagaimanapun dikhabarkan sudah melangsungkan majlis terbabit pada 4 Ogos lalu melalui foto kek yang dikongsikan.

Dalam hantaran yang dikongsikan, kedua-dua kelihatan begitu bahagia dalam satu majlis istimewa yang diadakan secara tertutup.

Lebih indah, Eyka dan Akhyar memuat naik gambar sekitar majlis pertunangan yang dihadiri kedua-dua belah keluarga.


Pasangan itu turut memuat naik gambar cincin sebagai simbolik ikatan pertunangan yang dimeterai sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Sebelum ini, pelakon berusia 29 tahun itu dilihat menutup status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak itu sejak 2020.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading