Fazura semakin tenang.

Fazura semakin tenang.

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura tidak menafikan dirinya kini menjalani kehidupan lebih tenang dan bahagia menguruskan kerjayanya dan cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Bagaimanapun, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata dia bukan bermaksud riak mahupun menunjukkan kebahagiaan, tapi ia luahan ikhlas daripada hatinya.

“Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang. Saya bersyukur kepada Allah,” katanya.

Fazura berkongsi perasaannya itu selepas selesai prosiding merekodkan perjanjian hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pagi tadi.

Dalam pada itu, Fazura turut mengakui, dia menolak tepi segala kritikan dan kecaman yang diberikan susulan pendedahannya selepas bercerai dengan Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

“Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserahlah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya antara saya dengan Allah,” katanya.

Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari pada 7 Oktober.

Pasangan itu berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan Nur Fatima Aisya.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading