Kuala Lumpur: Agensi yang menawarkan pakej “Trip Nikah di Thailand” boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.
Beliau berkata ini kerana ia bertentangan dengan peraturan dan peruntukan undang-undang negara ini.
“Dalam perkahwinan itu, katakanlah mereka kahwin di Thailand, cukup syarat nikah dia, rukun dia, wali ada dan saksi pun ada, perkahwinan itu sah daripada sudut hukum.
“Tetapi ia bertentangan dengan peraturan dan undang-undang negara kita. Sebab itu, kita nak lahirkan umat Islam yang bukan sahaja patuh kepada hukum, pada masa sama rakyat yang mematuhi peraturan dan undang-undang,” katanya.
