Langkawi: Dua restoran di kawasan tumpuan ramai di Jalan Pantai Chenang di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Bagaimanapun, pada kejadian kira-kira 8 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, kebakaran bermula pada premis pertama sebelum merebak ke premis kedua yang letak bersebelahan.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.12 malam sebelum 23 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat, BBP Persiaran Putra dan BBP Langkawi, bersama dua jentera dan masing-masing satu unit pacuan empat roda, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke tempat kejadian.