Giliran Putrajaya ditengelami air.

Giliran Putrajaya ditengelami air.

Putrajaya: Beberapa kenderaan penduduk yang diparkir berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Presint 11 di sini, ditenggelami banjir kilat susulan hujan lebat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku pada jam 4.50 petang susulan hujan lebat.

Menurutnya, situasi berada dalam keadaan terkawal dan air dilaporkan sudah surut sepenuhnya.

Katanya, setakat ini polis masih belum menerima laporan daripada pemilik kenderaan yang ditenggelami air.

“Penduduk dinasihatkan agar memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya ketika dihubungi.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, anggota bomba bersama jentera dan polis turut berada di kawasan banjir bagi memantau keadaan.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading