Pihak polis mengesahkan bahawa selebriti yang ditahan kerana memiliki ganja di Cyberjaya adalah pelawak Along Cham yang kini berusia 41 tahun.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, mengatakan selebriti itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting untuk mendapatkan perintah reman. Penahanan ini adalah sebahagian daripada siasatan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut laporan, pelawak itu ditahan di sebuah rumah di Cyberjaya pada jam 3.10 petang semalam di mana polis menemui dedaun kering dipercayai ganja seberat 60.3 gram yang berada dalam simpanannya.
Oleh yang demikian, kes sedang disiasat secara terperinci bagi menentukan sejauh mana penglibatan Alomg Cham dalam aktiviti berkaitan dadah.
