Tular insiden mengejutkan di pasar lama Bintulu, Sarawak apabila seorang wanita muncul dalam keadaan bogel sambil mengamuk.
Menurut laporan, kejadian yang berlaku pagi Isnin itu mencetuskan panik di kalangan orang ramai.

Wanita tersebut dipercayai mengalami masalah kesihatan mental telah bertindak agresif di tengah jalan raya hingga mengganggu laluan trafik.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila dia menendang beberapa kenderaan, termasuk sebuah kereta peronda polis (MPV) yang tiba untuk mengawal keadaan
Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut masuk ke sebuah kedai makan berhampiran dan mencetuskan kebimbangan pengunjung di situ.
Walau bagaimapun, pihak polis tidak melakukan sebarang penahanan terhadap wanita tersebut. Sebaliknya, dia diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya
Insiden ini menjadi topik perbualan hangat di media sosial selepas beberapa gambar kejadian tular. Ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan berharap dia mendapat bantuan sewajarnya.