PU Azman dipenjara 7 tahun, 2 sebatan.

PU Azman dipenjara 7 tahun, 2 sebatan.

Seremban: Penceramah Azman Syah Alias, 43, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, dua tahun lalu.

Hakim, Datuk Surita Budin turut memerintahkan tertuduh yang dikenali sebagai PU Azman, menjalani kaunseling pemulihan selama dua tahun dan pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas Azman Syah mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan pada prosiding sebutan semula kes, hari ini.

Terdahulu, Surita memaklumkan dia membuat keputusan itu dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kepentingan awam melebihi faktor kepentingan tertuduh sendiri.

“Tertuduh mohon hukuman pemenjaraan yang paling minimum dari tarikh beliau dijamin iaitu 9 Oktober lalu.

“Beliau telah dipenjara dari 27 September lalu dan sehingga kini masih menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan di Mahkamah Klang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi berkata, pengakuan salah tertuduh bukanlah satu faktor peringanan yang harus diberi kepada tertuduh.

Rasyidah Murni juga memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja harus diberikan kepada tertuduh malah kepada masyarakat secara amnya.

“Tertuduh merupakan pendakwah selebriti yang mana perbuatan tersebut tidak harus dilakukan oleh tokoh pendakwah seperti beliau terhadap kanak-kanak.

“Pendakwaan memandang kesalahan ini bukanlah satu perkara mudah yang harus diambil keringanan dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh,” katanya

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading