Amaran hujan hingga Ahad – MetMalaysia

Amaran hujan hingga Ahad – MetMalaysia

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Johor hingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan di Terengganu, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Dungun dan Kemaman manakala Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Johor, katanya, amaran sama dikeluarkan bagi daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, amaran hujan tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak dan Sabah mulai esok hingga Ahad ini.

MetMalaysia memaklumkan di Sarawak, cuaca itu dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah

“Di Sabah pula membabitkan kawasan Pantai Barat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading