Anggota polis dikhuatiri lemas di tali air.

Anggota polis dikhuatiri lemas di tali air.

Pasir Salak: Seorang anggota polis dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di tali air di Changkat Lada, Kampung Gajah, di sini, hari ini.

Mangsa lelaki berusia 39 tahun yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka dikatakan keletihan dan cuba ke tebing, bagaimanapun dia dihanyutkan arus deras.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan 2.47 petang.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, mangsa dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika melakukan aktiviti mandi-manda bersama rakannya di tali air yang berkedalaman empat meter.


“Operasi mencari giat dilakukan dengan anggota bomba membuat pencarian menyusuri tebing di sepanjang tali air,” katanya

Menurutnya, operasi berkenaan turut dibantu pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Teluk Intan.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading