Max kalahkan Lewis Hamilton.

Max kalahkan Lewis Hamilton.

London: Max Verstappen terus mengekalkan statusnya sebagai pemandu Formula Satu (F1) dengan pendapatan tertinggi, menurut RacingNews365.

Lewis Hamilton yang sekian lama memegang gelaran pemandu F1 dengan pendapatan tertinggi, kini berada di belakang Verstappen.

Gaji tahun 2024 Hamilton adalah daripada kontrak Mercedes yang ditandatangani musim panas lalu, tetapi ia adalah tahun terakhirnya bersama pasukan itu sebelum menyertai Ferrari dengan kenaikan gaji pada 2025.

Charles Leclerc kini berada di tempat ketiga tertinggi selepas menandatangani kontrak baharu dengan Ferrari sebelum musim 2024 bermula.

Lando Norris pula menduduki tempat keempat tertinggi hasil daripada kontrak baharunya bersama McLaren yang dimeterai pada awal 2024.

George Russell dari Mercedes dan Fernando Alonso dari Aston Martin berkongsi kedudukan di tempat kelima.

Di hujung senarai, Yuki Tsunoda (Red Bull) dan Logan Sargeant (Williams) adalah antara pemandu dengan pendapatan paling rendah.

Pemandu F1 bukan sahaja memperoleh gaji asas, tetapi juga berpeluang mendapatkan bonus daripada kemenangan perlumbaan dan kejuaraan.

Ini bermakna pendapatan Verstappen jauh lebih besar daripada gaji asasnya sebanyak AS$55 juta (RM245.5 juta).

Pada 2023, Forbes menganggarkan bahawa jumlah pendapatan Verstappen termasuk bonus mencapai AS$70 juta (RM312.5 juta).

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading