Kapal terbang terhempas di Korea Selatan.

Kapal terbang terhempas di Korea Selatan.

Seoul: Sekurang-kurangnya 28 terkorban selepas pesawat dinaiki terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap hari ini.

Pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan enam kru, dalam penerbangan pulang dari Thailand dan kemalangan berlaku ketika ia cuba mendarat, menurut laporan itu.

Lapangan terbang berkenaan terletak di selatan Korea Selatan.

Gambar yang dikongsi media tempatan menunjukkan asap keluar dari pesawat.

Dua orang ditemui selamat ketika misi menyelamat dilakukan.


Pegawai lapangan terbang memberitahu Reuters, pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat.

Gambar yang dikongsikan media tempatan menunjukkan asap dan api menyelubungi bahagian pesawat.

Pemangku Presiden Choi Sung-mok, yang dinamakan sebagai pemimpin sementara negara itu, mengarahkan usaha menyelamat dilaksana habis-habisan, kata pejabatnya.

Jurucakap Jeju Air berkata, syarikat penerbangan terbabit sedang melakukan semakan laporan insiden.

Agensi berita Yonhap belum mengeluarkan butiran lanjut mangsa terkorban.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading