Teluk Intan: Perbuatan terkutuk seorang bapa merogol anak perempuannya sejak 10 tahun lalu di Changkat Jong di sini terbongkar selepas mangsa nekad membuat laporan polis pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 56 itu kini direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari depan bagi membantu siasatan.

“Akibat daripada kejadian terakhir, mangsa melarikan diri dan tinggal di rumah rakannya. Rakannya menasihati mangsa untuk membuat laporan polis dan mangsa sudah dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut, semalam,” katanya.
“Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Adnan turut memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini supaya menghubungi pihaknya di talian 05-6299222 atau balai polis berdekatan.