Hilang kerja akibat kucing.

Hilang kerja akibat kucing.

Beijing: Seorang wanita di China hilang pekerjaan dan tidak mendapat bonus akhir tahun kerana diberhentikan kerja, selepas kucing peliharaannya tertekan butang hantar pada e-mel komputer ribanya yang mengandungi surat peletakan jawatan kepada majikannya.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, wanita berusia 25 tahun yang berasal dari perbandaran Chongqing di barat daya China.

Gambar hiasan

Dia menulis surat peletakan jawatan yang tidak dihantar menerusi e-melnya pada 5 Januari lalu.

Wanita enggan menghantarnya kerana memerlukan wang daripada pekerjaan itu.

Ia kerana dia perlu menampung keperluan sembilan ekor kucing peliharaannya.

Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya sempat merakam saat seekor kucingnya melompat ke atas mejanya dan menekan ‘enter’ pada komputer riba menghantar e-mel.

Wanita itu segera menghubungi majikannya untuk menyalahkan kucing peliharaannya, namun tidak diendahkan apabila dia diberhentikan.

Wanita itu merancang untuk mencari pekerjaan baharu selepas Festival Musim Bunga yang akan datang kerana perlu memberi makan kepada kucingnya

“Dengar penjaga kamu,” tulis seorang netizen..

“Kedengarannya lebih seperti kucing membantu penjaganya, menjimatkan sejumlah besar wang bonus,” tulis netizen lain.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading