Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 – vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran vivo X300 FE, sebuah telefon flagship ringan yang direka untuk prestasi pengimejan terunggul bagi peneroka urban masa kini yang menghargai fotografi berkualiti profesional, produktiviti lancar dan prestasi harian yang boleh dipercayai dalam reka bentuk kompak serta mudah dibawa. Ia menggabungkan sistem pengimejan hasil kerjasama ZEISS dan vivo, ciri AI termaju serta sokongan perisian jangka panjang, sambil menawarkan keupayaan kamera bertaraf flagship, hayat bateri sepanjang hari dan sambungan peranti yang lancar dalam badan yang nipis dan ringan, sekali gus mentakrif semula keupayaan telefon pintar flagship ringan tanpa kompromi.

vivo Malaysia memperkenalkan vivo X300 FE, menawarkan keupayaan telefoto jarak jauh yang dipertingkatkan dengan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2.
Telefoto Kelas Profesional yang Kompak
vivo X300 FE menampilkan 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera, Kamera Utama ZEISS 50 MP, serta 110° Ultra-Wide Low-Distortion Camera. Direka untuk menyokong pelbagai senario kreatif, daripada fotografi perjalanan bandar hingga konsert yang dinamik, sistem ini memberikan kejelasan imej yang tinggi, pembiakan warna yang tepat, serta liputan fokus yang fleksibel.
Kamera 50 MP ZEISS Super Telephoto meningkatkan keupayaan fotografi jarak jauh dengan membawa subjek lebih dekat sambil mengekalkan ketajaman butiran dan kedalaman imej. Buat pertama kalinya dalam siri FE, pengguna boleh mencapai jarak fokus setara 200 mm melalui vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2. Dibina berasaskan seni bina optik Kepler yang kompak, vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 menggabungkan 15 elemen kaca bertransmisi tinggi dalam 2 kumpulan. Berbanding generasi sebelumnya, beratnya telah dikurangkan daripada 210g kepada 153g tanpa menjejaskan kualiti optik. Peningkatan mudah alih ini menjadikannya lebih sesuai untuk merakam persembahan jarak jauh seperti konsert atau acara sukan dengan perincian yang jelas serta pengalaman visual yang lebih imersif.
Dikuasakan oleh AI True Clarity Engine yang menggabungkan NICE 3.0 Optical Reconstruction Engine, MAGIC 2.0 Image Restoration Engine, dan Magic Cloud, vivo X300 FE meningkatkan ketelitian butiran imej serta pembinaan semula tekstur merentasi pelbagai keadaan penggambaran. Hasilnya, imej yang dihasilkan lebih jelas walaupun dalam situasi pencahayaan mencabar atau ketika rakaman jarak jauh.

vivo X300 FE merakam momen di pentas dengan jelas, mengekalkan perincian halus walaupun dalam keadaan pencahayaan yang kompleks
Stage Mode dioptimumkan untuk konsert dan acara langsung dengan menggabungkan perkakasan telefoto serta penalaan algoritma bagi merakam subjek dengan jelas dalam keadaan pencahayaan yang kompleks. Dikuasakan oleh algoritma Telephoto Magic 2.0 dan pengoptimuman GTR 3.0, Ultra-Clear Stage Photography meningkatkan ketajaman potret telefoto secara ketara dengan menghasilkan perincian wajah yang lebih hidup, pembiakan warna yang tepat, peralihan tona yang lembut serta ketepuan warna yang seimbang dan bertenaga. Dual-View Stage Video pula membolehkan pengguna merakam pentas dan reaksi diri secara serentak, mengekalkan setiap detik sorotan dengan lebih beremosi dan penuh tenaga, manakala Flash Portrait meningkatkan prestasi dalam keadaan cahaya rendah melalui flash zum adaptif yang memberikan pencahayaan seimbang serta tona kulit yang lebih semula jadi, memastikan setiap momen konsert dirakam dengan perincian yang menakjubkan.
Street Photography Mode meraikan keindahan ketidaksempurnaan dengan menggalakkan pengguna merakam detik spontan dan tidak tersusun yang mempamerkan kehadiran manusia yang autentik. Dengan mengekalkan grain semula jadi, kabur gerakan yang halus serta variasi cahaya persekitaran, ia menyampaikan suasana dan kedalaman emosi melebihi sekadar kesempurnaan teknikal. ZEISS Multifocal Portrait menawarkan pelbagai jarak fokus klasik daripada 23 mm hingga 100 mm untuk menghasilkan potret yang kelihatan semula jadi dengan pemisahan latar yang lebih kemas dan halus. vivo X300 FE turut menyokong pelbagai format video bagi memenuhi keperluan kreatif yang berbeza, iaitu 4K pada 60fps untuk vlog harian yang lancar, 4K pada 120fps untuk rakaman yang lebih tajam dan jelas, serta 8K pada 30fps untuk perincian ultra definisi tinggi yang menakjubkan.

vivo X300 FE merakam momen yang autentik, semula jadi dan penuh kehidupan dengan sentuhan kemanusiaan yang mendalam
Selain itu, AI Creative Camera membawa dimensi baharu dalam kebebasan dan kreativiti pada vivo X300 FE. Dengan menggabungkan AI Portrait secara lancar bersama pelbagai gaya artistik seperti Travel Portrait, Anime dan estetika Stage, ia membolehkan pengguna membina naratif yang lebih bermakna dalam setiap bingkai gambar. Melengkapkan ciri ini ialah rangkaian fungsi berasaskan AI yang mantap termasuk AI Magic Move, AI Image Expander, AI Reflection Erase dan AI Erase, yang direka untuk memaksimumkan fleksibiliti kreatif serta memudahkan proses suntingan selepas rakaman dengan lebih efisien.
Keselesaan Dinamik, Dari Dalam dan Luar.
vivo X300 FE mengikut falsafah reka bentuk rata yang bersih dan kompak, menawarkan rasa ringan serta selesa yang sesuai di tangan. Skrin rata 6.31 inci dengan bezel ultra-nipis menampilkan profil hadapan yang simetri, menggabungkan keyakinan untuk penggunaan satu tangan dengan keanggunan yang halus. Dengan berat hanya 191g dan ketebalan 7.99 mm, peranti ini memberikan rasa ringan serta pengendalian yang mudah, manakala bahagian belakang bertekstur matte dengan kemasan logam dan gradien warna lembut menyerlahkan estetika moden yang sofistikated. Keseluruhan reka bentuknya mengimbangi keceriaan muda dengan sentuhan premium, menghasilkan pengalaman visual dan sentuhan yang selesa serta menyenangkan dari setiap sudut.
Bahagian belakang kaca Metallic Sand AG dengan tekstur matte yang dipertingkatkan memberikan rasa sentuhan yang lebih halus serta ketahanan yang lebih baik terhadap kesan cap jari. Modul Kamera Dinamik pula diintegrasikan secara harmoni melalui proses cold-sculpting berbentuk titisan yang terapung, menghasilkan peralihan yang lancar antara modul kamera dan badan telefon, sekali gus mewujudkan reka bentuk yang lebih seamless dan elegan.
vivo X300 FE hadir dalam tiga pilihan warna yang sofistikated, mencerminkan tenaga dan emosi kehidupan bandar: Mist Purple, Glow White dan Luxe Black. Setiap warna direka untuk menyerlahkan estetika urban kontemporari, mengimbangi tekstur halus dengan kedalaman tona yang elegan. Rangka aluminium gred aeroangkasa pula memastikan peranti ini kekal kukuh dari segi struktur tanpa mengorbankan ciri mudah alih dan ringan untuk penggunaan harian.
Rasa keselesaan dan sofistikasi itu diteruskan dengan lancar pada bahagian dalaman. Melengkapkan reka bentuknya, vivo X300 FE hadir dengan OriginOS 6, sistem operasi terbaru vivo yang mentakrif semula pengalaman merentas platform dengan meruntuhkan halangan ekosistem. Ia mewujudkan kitaran perkakasan-ke-perisian yang lebih lancar, memberikan pengalaman “satu pengalaman merentas semua peranti” yang benar-benar bersatu dan sentiasa mudah diakses. Sistem ini turut menawarkan vivo Office Kit yang komprehensif untuk produktiviti yang lancar dan dipertingkatkan merentasi Windows, Mac dan iPad, bersama One-Tap Transfer untuk iPhone serta Origin Island yang intuitif bagi pengecaman niat secara pintar. Kehidupan digital yang saling berhubungan ini diperkukuh dengan vivo Security yang kukuh serta Private Space khusus, mewujudkan ruang eksklusif dan selamat untuk fail, foto dan aplikasi penting pengguna melalui pengasingan lanjutan. Akhir sekali, sistem ini memastikan prestasi kekal lancar dalam jangka panjang melalui Origin Smooth Engine, yang memberikan interaksi yang sangat responsif serta jaminan pengalaman lancar selama 5 tahun bagi mengekalkan prestasi setaraf flagship dari semasa ke semasa.
Prestasi Hebat Dalam Rangka yang Kompak.
vivo X300 FE dikuasakan oleh platform flagship Snapdragon® 8 Gen 5, memberikan capaian data yang pantas, keupayaan multitugas yang efisien serta respons yang stabil dalam pelbagai senario mencabar, daripada permainan hingga penciptaan kandungan.
Untuk mengekalkan prestasi, vivo X300 FE dilengkapi dengan Sistem Penyejukan Cecair VC yang efisien dan canggih dengan ruang wap seluas 4005 mm² serta grafit terma berprestasi tinggi, memastikan suhu kekal stabil dan kadar bingkai yang konsisten walaupun ketika penggunaan berintensiti tinggi yang berpanjangan.
Walaupun hadir dengan rekaan badan yang nipis, vivo X300 FE dilengkapi dengan bateri 6500 mAh BlueVolt, disokong oleh 90W FlashCharge dan 40W Wireless Charge untuk pemulihan kuasa yang pantas sambil mengekalkan kestabilan bateri dalam jangka panjang. Teknologi Silicon Anode generasi ke-4 serta Energy Efficiency Engine yang pintar turut meningkatkan ketumpatan tenaga dan kecekapan pengecasan tanpa menjejaskan aspek keselamatan mahupun jangka hayat bateri.
Dengan ketahanan debu dan air IP68 serta IP69, vivo X300 FE menggabungkan prestasi setaraf flagship dengan ketahanan struktur yang kukuh, membolehkannya menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran harian sambil mengekalkan profilnya yang kompak. Bagi memastikan penggunaan yang boleh dipercayai dalam jangka panjang, vivo X300 FE turut menawarkan
kemas kini OS selama lima tahun, penyelenggaraan keselamatan selama tujuh tahun, serta pengalaman penggunaan yang lancar sehingga lima tahun.

Ketersedian
vivo X300 FE akan tersedia dalam konfigurasi 24GB + 256GB dan 24GB + 512GB, bermula pada harga RM3,299. Pelanggan boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini hingga 22 Mei 2026 di semua vivo Concept Store serta secara dalam talian melalui https://www.vivo.com/my.


Pelanggan yang membuat pra-tempahan vivo X300 FE akan menerima hadiah eksklusif termasuk pembesar suara JBL bernilai RM299 dan vivo Buds Pro bernilai RM199, bersama manfaat vivo Care yang menawarkan lanjutan waranti 1+1 tahun serta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari untuk ketenangan fikiran tambahan. Bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan RM300 untuk vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 melalui pakej Telephoto Extender Gen 2 Kit bundle, dengan pilihan add-on fleksibel untuk memperluaskan keupayaan fotografi mudah alih. Selain itu, pelanggan boleh menikmati pelan ansuran 0% faedah sehingga 24 bulan, diskaun RM100 dengan rakan bank terpilih termasuk OCBC, Hong Leong Bank, Affin Bank dan UOB, penjimatan tambahan melalui PayLater, serta pilihan trade-in yang fleksibel, eksklusif di vivo Concept Store.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi dan ikuti vivo Malaysia di platform media sosial:
Laman Web: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/
**
1 Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua data adalah berdasarkan parameter reka bentuk teknikal kami, keputusan ujian makmal, serta data ujian daripada pembekal. Sesetengah data mungkin merujuk kepada prestasi puncak. Prestasi sebenar mungkin berbeza bergantung pada versi perisian, persekitaran ujian yang digunakan, serta model telefon.
2 Nilai piksel mungkin berbeza mengikut mod kamera yang digunakan dan tertakluk kepada penggunaan sebenar.
3 Dimensi dan berat sebenar mungkin berbeza disebabkan oleh variasi proses, kaedah pengukuran, bekalan bahan, serta kelompok pengeluaran.
4 Produk ini telah diuji dalam keadaan makmal yang terkawal dan diberi penarafan IP68 serta IP69 berdasarkan piawaian IEC 60529. Rintangan terhadap habuk dan air tidak kekal dan boleh berkurang dengan penggunaan harian. Kerosakan yang disebabkan oleh kemasukan cecair tidak dilindungi oleh jaminan.
5 vivo X300 FE menggunakan reka bentuk sel tunggal: kapasiti tipikal ialah 6500 mAh (3.75V), dengan tenaga tipikal sebanyak 24.38 Wh; kapasiti dinilai ialah 6350 mAh (3.75V), dengan tenaga dinilai sebanyak 22.34 Wh.
6 Ciri AI dan fungsi pemindahan merentas peranti mungkin berbeza mengikut keperluan peraturan tempatan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi vivo di negara anda.
(TAMAT)