Ketahui 10 kebaikan Lemon

Lemon dikenali kerana rasanya yang masam dan kelat. Adakah kita tahu banyak kelebihan yang terdapat pada buah lemon ini? Ia dapat meningkatkan sistem imuniti badan, melancarkan sistem dalam perut, dan berfungsi seperti penapis dalam darah.

Jus lemon terutamanya mempunyai kebaikan yang banyak. Ia dapat membantu dan sangat bagus bagi mengatasi masalah batu karang, mengurangkan strok dan menurunkan suhu dalam badan. Disini dikongsikan 10 kebaikan buah lemon yang menakjubkan!

1. Membantu Penghadaman

Jus lemon membantu masalah penghadaman dan sembelit. Letakkan beberapa titis jus lemon segar dalam makanan (tidak sesuai dicampur dengan susu) dan ia membantuproses penghadaman. Ia berfungsi sebagai penapis dalam daram dan agen pembersihan, jadi minuman yang terbaik selepas maan tengah hari dan makan malam adalah air lemon soda.

Resepi bagi membuat air lemon jus ini adalah perahan jus lemon segar, air sejuk, soda, garam (garam biasa atau garam batu) dan gula/ madu untuk memaniskannya. Minumlah samaadaselepas mkan tengah hari ataupun makan malam.

2. Mengubati Demam

Jus lemon juga boleh mengubati penyakit demam, selesema dan batuk. Ia membantu mengurangkan suhu badan melalui pengeluaran peluh.

3. Penjagaan Gigi

Ia juga kerap digunakan dalam penjagaan gigi. Jika jus lemon diletakkan di kawasan gigi yang sakit, ia boleh membantu mgurangkan kesakitan itu. Menyapu dan mengurut jus ini pada gusi dapat menghentikan masalah gusi berdarah. Disamping itu juga dapat menghindari dari bau mulut yang disebabkan dari penyakit gusi.

4. Penjagaan Rambut

Jus lemon adalah terbukti dapat merawat rambut dalam skala menyeluruh. Jus lemon yang diletakkan di kulit kepala boleh membantu masalah seperti kelemumur, rambut gugur dan lain-lain yang berkaitan dengan rambut dan kulit kepala. Jika diamalkan memakai jus ini ke rambut, dapat menjadikan rambut lebih bersinar.

5. Masalah Kulit

Jus lemon menjadi antiseptik semulajadi, dapat juga menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan kulit. Jus nya dapat mengurangkan kesakitan dan berfungsi sebagai pelindung sinar uv, di samping itu dapat melegakan jika terkena sengatan lebah. Ia juga bagus mengatasi jerawat dan ruam.

6. Merawat Kesan Terbakar

Juga guna jus lemon ke kawasan yang mempunyai kesan terbakar yang lama dan membantu memudarkan parut, jika ditimpa kemalangan terbakar dan terkena kulit ia dapat dikurangkan rasa kesakitan itu dengan jus ini.

7. Luka Luaran
Ia adalah antiseptik dan dapat mgeringkan luka dengan cepat, jadi darah itu akan berhenti mengalir. Anda boleh meletakan jus lemon ke atas kapas kecil danletakkan is di rongga hidung untuk menghentikan hidung berdarah.

8. Menurunkan Berat Badan

Jika seseorang meminum jus lemon dicampur air suam dan madu, ia boleh membantu mngurangkan berat badan.

9. Melegakan Ganguan Pernafasan

Jus lemon membantu melegakan masalah pernafasan ,seperti kegunaannya membantu melegakan seseorang yang terkena seranagan asma/semput. Vitamin C yang banyak terdapat dalam sebiji lemon ini membantu masalah pernafasan untuk jangka masa yang lama.

10. Mengubati Penyakit Taun

Penyakit seperti taun dan malaria boleh diubati dengan jus lemon, kerana ia bertindak sebagai penpis di dalam darah.

Lemon adalah ciptaan tuhan yang terbukti kaya dengan khasiat semulajadi. Ia banyak membantu dalam menyelesaikan masalah kesihatan, kerana ia memiliki antiseptik sendiri dan mengubati secara semulajadi. Jadikanlah amalan dengan mempraktikkan memakan setengah biji lemon setiap hari untuk keberkesanan maksimum dari buah kecil yang sangat bermanfaat ini!

Leave a Reply