Ibu kandung ‘Amir’ bukan pesakit mental

DAKWAAN yang mengatakan ibu kandung yang juga suspek kes kepada kanak-kanak yang disyaki mati kerana didera di Taman Krubong Jaya, Melaka semalam tidak benar.

Namun, difahamkan wanita berusia 32 tahun itu pernah mendapat rawatan di psikatari pada tahun 2019.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, wanita itu tidak disahkan sebagai pesakit mental.

“Suspek pernah mendapatkan rawatan di wad psikatari di Hospital Melaka pada tahun 2019.

“Namun rawatan tersebut hanyalah rawatan biasa dan melibatkan penyakit mental seperti yang didakwa,” katanya

Terdahulu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama imanjaii memberitahu yang ibu kandung yang juga suspek pembunuhan arwah mempunyai sakit mental.

Menurutnya, wanita tersebut dipukul dengan kayu golf di kepala dan hentakan itu telah mengakibatkan suspek tidak waras.

Semalam, kecuh di laman sosial berkaitan kematian tragis arwah Amir yang ditemukan lemas di dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter.

Siasatan polis juga mendapati terdapat kesan lembam di beberapa bahagian anggota badan arwah yang dipercayai akibat didera

Leave a Reply