Helikopter terhempas. 4 maut.

Helikopter terhempas. 4 maut.

Mugla, Turkiye: Sebuah helikopter terhempas dekat hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.

Dua juruterbang, seorang doktor dan seorang petugas kesihatan maut apabila helikopter yang dinaiki terhempas di bangunan Hospital Latihan dan Penyelidikan di daerah Mentese, Mugla, lapor Agensi Anadolu.

Gambar hiasan

Pasukan bomba, petugas kesihatan, polis serta Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) dikerahkan ke lokasi kejadian.

Akbiyik berkata punca nahas sedang disiasat.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengesahkan bahawa tiada kerosakan di dalam hospital berkenaan.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading