Kuala Lumpur: Penyanyi bertaraf superstar, Anita Sarawak, 72, menolak baik hasrat penganjur mengundangnya tampil dalam konsert mega tribute buat komposer legenda, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan di Kuala Lumpur, tahun depan.
Difahamkan, Anita atau lebih mesra disapa Kak Nita menjadi salah seorang bintang handalan tersenarai dalam kertas cadangan bersama ramai lagi penghibur lain yang pernah digilap bakat oleh Allahyarham Adnan.
Anita pernah merakamkan lagu Cintamu Muzik Di Hatiku ciptaan Allahyarham Adnan dan lirik ditulis oleh Allahyarham Seri Bayu.
Mantan editor hiburan dan penulis lirik yang kini perunding konsert, Roslen Fadzil berkata, dia diminta penganjur konsert untuk mendapatkan Anita yang kini menetap di Amerika Syarikat pada Oktober lalu.
