PENGASAS BERSAMA JENAMA VANS MENINGGAL DUNIA

Van Doren bersama abangnya Jim Van Doren dan dua lagi rakan bisness mereka telah menubuhkan jenama Vans dan membuka outlet pertama mereka pada tahun 1966 di Anaheim, California. Dari jualan 12 pasang kasut yang terjual pada hari pembukaan mereka sehinggalah jenama ini telah melebarkan sayap keseluruh dunia dengan memiliki lebih dari 300 buah outlet, Vans kekal menjadi jenama kasut yang tetap trendy sehingga kini.

Berita sedih kematian Van Doren ini telah di umumkan sendiri oleh pihak pengurusan Vans. Van Doren memimpin syarikat ini selama hampir dua dekad, sehingga dijual pada tahun 1988. Pada ketika ini, Vans dimiliki oleh VF Corporation, syarikat yang turut memiliki jenama terkenal seperti Supreme, The North Face, Timberland dan Dickies.

Sebelum kematiannya, Van Doren melancarkan buku autobiografi tentang dirinya di Amazon, bertajuk ‘Authentic: A Memoir by the Founder of Vans’. Dikatakan, buku ini berkisarkan hidupnya dan perkembangan syarikat ini dalam industri kasut dan baju.

Berita pemergian Van Doren ini pasti dirasai oleh penggemar jenama Vans dari seluruh dunia.

Leave a Reply