Pereka Fesyen Hatta Dolmat tidak puas hati dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza?

Tersebar luas sebelum ini apabila pereka fesyen Hatta Dolmat dikecam oleh warga net apabila beliau telah memuat naik posting yang membandingkan kejayaan Yuna dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Posting yang berbaur tidak puas hati tersebut di muat naik oleh Hatta sendiri dengan menunjukkan wajah Yuna yang baru-baru ini sekali lagi terpapar di tengah kota raya New York.

Warga net di twitter menyerang Hatta selepas posting beliau berbaur tidak puas hati seperti mendengki. Dilihat juga beliau pernah juga menaik muat posting mengucapkan selamat hari lahir pada Tokti dan mendoakan agar Tokto teris berjaya dan kekal menjadi penyanyi no 1 tanah air.

Mungkin niat Hatta adalah untuk mengangkat nama Yuna kerana beliau juga dikatakan amat rapat dengan Yuna dari awal pembabitan Yuna serta Hatta dalam industri masing-masing bukanlah untuk membandingkan Yuna dan Tokti kerana masing-masing ada kejayaan dalam mengharumkan nama Malaysia.

Diharap agar warganet tidak cepat melatah dan menuduh Hatta yang mungkin tidak bermaksud untuk memerli.

Leave a Reply