Anak Zahnita Wilson ‘back up’ bapa.

Anak Zahnita Wilson ‘back up’ bapa.

Konflik rumah tangga antara pelakon dan model Zahnita Wilson dengan suaminya Abdul Zackery Ghouse terus menjadi perhatian selepas anak sulung mereka, Zahrafeena tampil membuat kenyataan.

Zahra yang berusia 18 tahun mendakwa gambar mata lebam yang dikongsi Zahnita di Instagram adalah foto lama.

Jelas Zahra sendiri, dia tidak pernah melihat bapanya memukul ibu mahupun adik beradik yang lain.


“Saya rasa dia ada sebab untuk buat hantaran tu. Tapi itu bukan ayah saya, simple cakap itu bukan ayah saya. Itu fitnah.”

Dedah remaja ini lagi, dia sendiri memilih untuk tinggal dengan bapa demi peperiksaan SPM. Dia juga mengaku hubungannya dengan ibu renggang sejak bapanya ditahan polis.

“Semasa posting tu, ibu saya dah seminggu tak ada kat rumah. Dia contact saya sikit je. Setahu saya dia okay. Saya tiba-tiba buka phone di sekolah dan saya nampak posting itu. Saya terkejut juga.”

Menurut Zahra, Zahnita telah merancang untuk berpindah selepas Zahra selesai menduduki peperiksaan SPM, namun isu ini menjadi tular lebih awal.

Zahra turut menegaskan bahawa tiada kejadian keganasan melibatkan dirinya seperti yang dipersoalkan oleh pihak sekolah.

Zahra meluahkan rasa kecewa terhadap ibunya yang dianggap mengabaikan perasaan dan keperluannya sebagai seorang pelajar SPM.

Sebagai seorang anak, dia reda jika ibu bapanya berpisah dan apa yang berlaku sangat sukar untuk dimaafkan.

Jelasnya lagi, dia memahami jika bapa enggan kembali bersama ibu kerana ibu juga sudah lama mahu berpisah.

Leave a Reply

Discover more from mediapanasonline.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading